Semua kakitangan kerajaan mesti mencari-cari jadual gaji 2016 ni kan untuk tahu bila agaknya gaji keluar dan info ni berguna bagi Pembantu Tadbir Operasi untuk membuat gaji staff dan boleh estimate bila tarikh akhir nak hantar sebelum gaji keluar. Semoga berguna untuk semua. Terima Kasih. :)
Wednesday, 13 January 2016
Monday, 1 December 2014
VIP INVITATION CONTEST
PRODUCT REVIEW (HOT ITEM)
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua makcik kakak adik yang
sudah lama idamkan mempunyai kulit yang cantik meh sini yana ada satu produk
nak kongsikan pada semua. Haa.. nak tahu tak rahsia sebenar seorang
makcik yang umur yang 50 an tapi nampak muda macam baru 30 an, ishh mesti semua
jeles kan. Mesti meronta ronta nak tahu rahsia dia. Tak perlu jeles
sangat sampai macam tu meh pakat beli borong sekaligus produk hebat dari
sendayu tinggi yang power ni iaitu Salmon Placenta Powder. Ada harga promosi
syoknya sale pula tu. RUGI tak rebut peluang baik pergi mana mana outlet
Sendayu Tinggi atau ke watson bagi mendapatkan produk ni. Pasti ini jadi rahsia
korang pula lepas ni. Insyaallah usaha tawakal pasti berjaya.
SALMON PLACENTA POWDER - RM55
HARGA PROMOSI SYOKNYA SALE | RM49.50 (Member)
· Formula unggul dan berkesan dari plasenta ikan salmon, kolagen, anggur dan Co.Enzyme Q10.
· Kombinasi suplemen kunyah terus mudah diserap oleh badan dan meresap ke peredaran darah
· Kaya nutrien bio aktif seperti Asid Amino, Melatonin, Asid Nucleic, Antioksidan sebagai anti penuaan.
· Merawat kerosakan kulit, badan selain menambah kesihatan badan lebih cepat berbanding kolagen.
· Kandungan Vitamin C yang tinggi dan bagus mencegah osteoporosis.
· Meningkatkan metabolisma dalam badan manusia sekaligus membantu pelangsingan juga
· Plasenta secara semulajadi meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengelak penyakit merbahaya.
· Kesan berganda dari kolagen untuk tubuh dan wajah kembali muda, segar dan mengurangkan penuaan.
· Ia juga lebih konsentrasi bagi menjernih, memerahkan kulit tubuh dan wajah.
· Memudarkan parut jerawat / jeragat dan kulit kusam
· Senang bawa travel sebab dalam sachet.
· Satu kotak ada 10 paket. Biasanya dalam 5 hari purata pengguna dah nampak kesannya
Pengambilan : 1 / 2 paket sehari. Kunyah dan minum air suam. Sebaiknya
diambil pada waktu malam / pagi
Ekstrak: Plasenta Salmon, Anggur, Kolagen
* Yang nak
tubuh dan wajah nampak muda, lambat berkedut sihat dan segar bolehlah amalkan
Salmon Plasenta Powder ini. Tak perlu nak suntik, krim atau kolagen pada muka,
produk ini kaya dengan protein dan yang penting dijamin HALAL bukan dari
plasenta bayi atau haiwan.
* Jom beli
sementara stok masih ada lagi, nak harga diskaun boleh borong masa Syoknya Sale
ST yang tiba hujung bulan ini, 25 Dis – 29 Dis 2014.
* Ada sesiapa
yang nak dapat baucer tunai RM50?? Jom join VIP Invitation contest !
Amboi untungnya siap ada VIP Invitation Contest pula untuk korang,
haaa.. jom pula pakat join contest ni. Senang je cuma ikut cara2 yang diberikan
dan rajin ya sebab setiap usaha akan buahkan hasil. Bawah ni details untuk
korang join. Sambil cantik sambil menang contest syoknya. Selamat Maju Jaya !
Promosi
akhir tahun Sendayu Tinggi diseluruh Malaysia akan bermula dari 25-29hb Dis ni.
Ada VIP INVITATION CONTEST dan pemenang dapat baucer belian produk. Siapa nak
baucer produk Sendayu Tinggi kena join contest ni. Korang boleh shopping dengan
baucer tu dengan 5 org rakan tau. Contest akan berakhir 15hb Dis. Cara nak join
:
- Like page Facebook SENDAYU TINGGI
ONLINE ( link : https://www.facebook.com/sendayu.tinggi.56 )
- Follow Instagram @sendayu_tinggi (
link : instagram.com/sendayu_tinggi_online)
- Tag 5 kawan anda di picture yang ada
post promosi ni di page Facebook SENDAYU TINGGI ONLINE / Instagram
@sendayu_tinggi
- Jangan lupa sertakan caption sekali
kenapa anda dan rakan-rakan anda layak memenangi VIP INVITATION
- Pemenang sebanyak 20 orang ( Instagram
& Facebook ) yang
dipilih akan menerima baucer belian produk ST bernilai RM50.00 setiap seorang.
Pemenang bertuah bersama 5 rakan juga akan menerima baucer tersebut yg
berjumlah RM300.
- Contest bermula pada 1-15hb Dis &
terbuka pada ahli Sendayu Tinggi atau bukan ahli.
- Pemenang akan diumumkan di page
Facebook SENDAYU TINGGI ONLINE & di Instagram @sendayu_tinggi pada waktu
yang akan ditetapkan
Jangan
lupa tau, 25 – 29hb ni sale akhir tahun kat semua 33 outlet Sendayu Tinggi
seluruh Malaysia. Selain dapat banyak diskaun mana tau dapat gift pula nanti.
Siapa yg pengguna tegar ST boleh beli masa promo ni secara online juga. Beli di
website diorang sendayutinggi.com atau beli di page facebook SENDAYU TINGGI ONLINE. Mudah kan,
sekarang semua beli kat hujung jari je..
#sendayutinggi #yatiesendayutinggi #sendayutinggisale
#sendayutinggi #yatiesendayutinggi #sendayutinggisale
Friday, 2 August 2013
Kaji diri dari kaki
Jom kite mengkaji diri kita yang mana satu hendaknya ye. Lepas tengok kaki terus tengok jenis-jenisnya dengan pantas hokey :D
Jenis-jenis kaki :
1. Menurut bentuk gaya Arabic : Mempunyai sifat survivor didalam diri dan tidak mahu mengalah . Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur . Bersifat pemimpin didalam diri . Seorang yang berterus terang tetapi didalam hati ada taman, individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorangpemikir yang bijak .
2. Menurut bentuk gaya Roman : Seorang yang mudah berkawan, sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga mempunyai impian yang besar tetapi memerlukan orang dibelakang untuk membantunya . Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri .
3. Menurut bentuk gaya Greek : Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan tidak mudah putus asa, mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja . Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat terpendam . Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi tidak dilaksanakan .
haa..dah tau siapa diri korang? haha. yana no 3. bentuk gaya Greek, memang betul lah yana macam tu. hehe. sedar diri pun. huhu. nasib2 -__-
hamikk. gambar kaki yana yg comey noh ni. uweekkk. tutup hidung. haha. pengsan makss
TQ reading this entry love !
Saturday, 20 July 2013
Wajah baruku -_*
Assalammualaikum ^_^
Okay tak wajah baru blog yana ? heee.. Terima kasih pada Sheda Ucu yang bertungkus lumus mewajahkan barukan blog yana ni. Okaylah, yana nak pergi kelas ni, start pukul 8 pagi. Terima kasih pada yang sudi jenguk ye. ^^
Salam ceria ahad ya !
Okay tak wajah baru blog yana ? heee.. Terima kasih pada Sheda Ucu yang bertungkus lumus mewajahkan barukan blog yana ni. Okaylah, yana nak pergi kelas ni, start pukul 8 pagi. Terima kasih pada yang sudi jenguk ye. ^^
Salam ceria ahad ya !
Sunday, 30 September 2012
Teaser - Langkawi Trip - 4 Days 3 Nights
Assalammualaikum (^^_,)
weeee.. syoknya bila dapat pergi bercuti, terasa ringan sangat kepala ni, tapi tu lah, rasa tak puas bila pergi 4 hari 3 malam je -___-'
Tapi sekurang-kurangnya boleh melepaskan segala tekanan kan , syukur lah !
Macam-macam yang terjadi dan ada beberapa gambar yang sempat yana ambil untuk dikongsikan bersama sayang semua.
Nantikan tau !
Sebelum bertolak ke Langkawi
#Ringan je bila nak pergi
P/s : Sewa Vios tapi Centra yang ku dapat , layannn...
TQ for read this entry !
Sunday, 23 September 2012
Blur-ing Day !
Assalammualaikum kesayangan ;)
Melayang wahai melayang , bawa....aku pergi *tiba tiba lagu KAKA keluar* kepala ni entah kemana lah ! perkara ni berlaku dalam 1 hari ni dan membuatkan yana kata ' well, today is my blur-ing day ! ' haha. kepala ni kasi head banging sikit, baru okay kot :p
Di satu tengahari bersama kak su dan tengah nak memesan makan, 'akak, saya nak order nasi goreng kampung sedap 2 pinggan, air teh o ais pun 2 gelas (sehati sejiwa kami ni) lol. Then bila akak tu beredar je, baru kepala yana teringat yang kawan office sedang pregnant *complete detail* order air laici tak mo ais. ok tak pe, nanti akak tu datang hantar air boleh lah cakap, then bila akak tu hantar air, yana pun cakap lah, akak, bungkus air laici 1 ye, akak tu kata okay *senyum lah konon sudah selesai 1 hal* tapi bila akak tu tengah nak buat air, yana lupa nak mention no ais ! pfftt, Fine, tak pe, yang laici ais ni kira yana punya lah, macam biasa tunggu akak tu hantar air bungkus tu then cakap nak order air laici tak mo ais ye kak *set siap siap dalam kepala, bila akak tu hantar air laici bungkus tu, yana pun order lah, pastu akak tu cakap ' kenapa tak cakap tadi ? hehehehe *aku senyum senyum ngok ngek kat situ* lol.
Waktu petang pula, yana nak cucuk duit lah kan kat satu tempat ni, yana keluar kereta lock manual je, tak da pakai remote, okay yana dah kunci kereta *terasa safe je kereta tu* okay, bila dah sampai kat ATM. yana terasa tangan ni sangat ringan lah, sebab selalu sarat dengan kunci , purse , kad bank , bila tengok dalam handbag ,oh my where's my car key ? errrr -_____-'
Fine ! call adik yang mintak tolong carikan kunci spare, i'm stuck here.. *terus tak jadi keluarkan duit* duduk kat depan kereta tunggu kehadiran adik setelah sejam menunggu. orang datang dan pergi melihat yana macam dah peminta derma ~____~' huh. dah dapat kunci dari adik, terus pulang ke rumah.
okay menjelma malam pula , macam biasa lah duduk rumah family kan, so kena siapkan makan malam, yana pun siapkan bahan bahan untuk memasak, okay today masak sambal udang lah *padahal memang tau buat sambal je, lauk lain tak tahu* haha. okay, sambung balik, macam biasa masukkan bahan bahan nya. dah garing tu masukkan udang , then masukkan bawang yang dihiris pula. okay siap ! hidangkan pula untuk makan malam, bila time makan, mama tanya kenapa pedas sangat? masukkan brown sugar tak ? tak letak sebab lupa -______- again ! then mama mengeluh, erm, sorry mama.
okay , tak da motif pun letak gambar ni,
saja nak bagi tunjuk muka orang kuat blur -___-'
saja nak bagi tunjuk muka orang kuat blur -___-'
TQ reading this entry my love !
Monday, 10 September 2012
Selamat Hari Raya Aidifitri dan Merdeka ke 55 Tahun !
Agak terlambat dan terlajak untuk yana ucapkan Selamat Hari Raya dan Merdeka ! sob sob :'(
yelah, dah 10th Sept kot hihihi. Al-maklum lah,
orang busy sesangat kan. hihik (poyo jer kan). Tahun ni yana sambut raya agak suram lah ! tak da amik gambar banyak2 macam sebelum ni.
Gambar yg di edit sendiri oleh cik yana :D sorry kalau tak cantik !
p/s : TQ jenguk sayang!