Tuesday 7 August 2012

Eh ! Blog dia lah !

 

Assalammualaikum ^_^

 

Ha, tajuk entry yang agak ntah hape2 , hehe actually bukan apa pun cuma nak announce je (speaking konon, btw betul ke? haha) yang akhirnya yana dah ada blog ekekeke. Yela, yana punya fikir punya fikir punya fikir (eh, berapa banyak punya fikir lah) perlu ke yana buat blog ? bila fikir betul betul rasanya memang patut buat blog lah kot, sebab ye lah kan boleh lah yana share sikit hidup yana sangat sangat sangat membosankan nih, amboi betul betul bosan ni ish ish ish. 

 Lepas tu, sambil sambil yana fikir boleh lah yana improve kan lagi bahasa yana plus komunikasi yana nih, (ha, tu dia contoh  bahasa rojak yang perlu dibetulkan ekekeke) sebab yana ni jarang berkomunikasi dengan orang, so yana sekarang jadi agak sangat pemalu plus berat mulut nak cakap dengan orang, tak macam dulu pantang nampak ada manusia bernyawa, yana yang akan mulakan perbualan, peramah yang tahap tak tahu nak cakap macam mana, teringat time dulu dulu kat sekolah, pantang nampak new boy or new girl yang masuk sekolah dalam suku atau pertengahan persekolahan, orang first yg menegur budak budak baru ni memang kerja yana lah, (hai, saya yana, awak dari mana? nama apa? sekolah mana dulu? kenapa pindah? ) budak baru tu rasa macam penampor je muka yana, sebab banyak benor soalan yang ditujukan, dah lah terpaksa tinggalkan kawan sekolah lama, ni masuk masuk terus ada manusia peramah semacam -,-' haha (dialog dalam hati budak baru tu, main agak agak je, kih kih kih)
Lagi satu pengaruh kuat yang membuatkan yana nk buat blog adalah sebab yana terpaksa pindah kerja, kalau dulu yana pergi kerja 5minit dah sampai, sekarang 30 minit baru boleh sampai =,=' dah tu, facebook, youtube, myspace, segala galanya lah bila ditaip IP address akan keluar seperti berikut :


 

kecewa bukan ? huhuk :'( nasib baiklah bila taip blogspot.com boleh,  okay, bila dah blog je yana boleh layan , dah apa lagi yana layan lah favorite blogger yana iaitu cik berdua yang suka pot pet Fatin Liyana , Hanis Zalikha, btw yana juga suka cuci cuci mata dengan blogshop , antara blogshop favorite yana adalah Jezmine Zaidan sangat talented tau, colourful pulak tu, oh my, memang tak mengantuk lah yana bila buat kerja sambil sambil tengok blog dorang semua ni ;) hihik, boleh  lah korang semua follow blog mereka yang hebat ni ye haha. 


Btw cakap pasal yana tak boleh on9 facebook dan lain lain social network except blogspot kan, nampaknya yana tak dapat lah nak wtw dengan kawan kawan kesayangan lagi, maafkan yana ye sayang sayang yana sekalian, yana sangat merindui kamu semua + sayang kamu semua :'( sedih sedih. hurm, dah lah baru baru ni rumah yana kene pecah masuk, barang kesayangan yana yang hilang adalah 2 lappy yana yang sangat sangat yana sayang (jahat pencuri itu, yana tak kan lupa apa yang dia buat) :'( tapi yana redha, mungkin dia lebih memerlukan lappy yana tu, mana tau, nak beli susu untuk anak ke kan, tapi yana tak berputus asa cuma redha je, benda dah jadi pun, apa yang yana boleh buat hanya berdoa supaya 2 lappy yana tu masih dalam keadaam selamat aman dan damai, aminn dan lappy tu merupakan sumber cari rezeki, sebernarnya yana pun merupakan online seller, but based on facebook only, blogshop ada tapi tak rajin pula nak update, mungkin dari sekarang yana kena update dekat blog pula, Insyaallah, aminn. 

So rasanya memang patutlah yana kena buat blog kan ? ini adalah reason yang paling kukuh untuk yana buat blog, hihik tapi ini blog personal lah, blogshop yana yang ni NurRyan Lilshop follow tau tau, TQ sayang ! btw yana kena mula dari bawah balik ambil masa nak kemaskini stok dan kemaskini maklumat customer, Insyaallah rezeki datang dari Allah , yana percaya tu , yana cuba yang terbaik ye, aminnn.



Inilah Yana ye :D 
p/s : baju polkadot ni yana jual juga , ade 3 color lagi ^___^

 p/s: please follow both blog Nur Yana dan NurRyan Lilshop , TQ Love !


Terima kasih kerana menyinggah dan baca entry ni =D