Sunday 30 September 2012

Teaser - Langkawi Trip - 4 Days 3 Nights



Assalammualaikum (^^_,)


weeee.. syoknya bila dapat pergi bercuti, terasa ringan sangat kepala ni, tapi tu lah, rasa tak puas bila pergi 4 hari 3 malam je -___-'  
Tapi sekurang-kurangnya boleh melepaskan segala tekanan kan , syukur lah !
 Macam-macam yang terjadi dan ada beberapa gambar yang sempat yana ambil untuk dikongsikan bersama sayang semua.  
Nantikan tau !


Sebelum bertolak ke Langkawi
#Ringan je bila nak pergi

P/s : Sewa Vios tapi Centra yang ku dapat , layannn...

TQ for read this entry !

Sunday 23 September 2012

Blur-ing Day !


Assalammualaikum kesayangan ;)

Melayang wahai melayang , bawa....aku pergi *tiba tiba lagu KAKA keluar* kepala ni entah kemana lah !  perkara ni berlaku dalam 1 hari ni dan membuatkan yana kata ' well, today is my blur-ing day ! ' haha. kepala ni kasi head banging sikit, baru okay kot :p



Di satu tengahari bersama kak su dan tengah nak memesan makan, 'akak, saya nak order nasi goreng kampung sedap 2 pinggan, air teh o ais pun 2 gelas (sehati sejiwa kami ni) lol.  Then bila akak tu beredar je, baru kepala yana teringat yang kawan office sedang pregnant *complete detail* order air laici tak mo ais.  ok tak pe, nanti akak tu datang hantar air boleh lah cakap, then bila akak tu hantar air, yana pun cakap lah, akak, bungkus air laici 1 ye, akak tu kata okay *senyum lah konon sudah selesai 1 hal* tapi bila akak tu tengah nak buat air, yana lupa nak mention no ais ! pfftt, Fine, tak pe, yang laici ais ni kira yana punya lah, macam biasa tunggu akak tu hantar air bungkus tu then cakap nak order air laici tak mo ais ye kak *set siap siap dalam kepala, bila akak tu hantar air laici bungkus tu, yana pun order lah, pastu akak tu cakap ' kenapa tak cakap tadi ? hehehehe *aku senyum senyum ngok ngek kat situ* lol.

Waktu petang pula, yana nak cucuk duit lah kan kat satu tempat ni, yana keluar kereta lock manual je, tak da pakai remote, okay yana dah kunci kereta *terasa safe je kereta tu* okay, bila dah sampai kat ATM.  yana terasa tangan ni sangat ringan lah, sebab selalu sarat dengan kunci , purse , kad bank , bila tengok dalam handbag ,oh my where's my car key ? errrr -_____-'
Fine ! call adik yang mintak tolong carikan kunci spare, i'm stuck here.. *terus tak jadi keluarkan duit* duduk kat depan kereta tunggu kehadiran adik setelah sejam menunggu.  orang datang dan pergi melihat yana macam dah peminta derma ~____~'  huh.  dah dapat kunci dari adik, terus pulang ke rumah.

okay menjelma malam pula , macam biasa lah duduk rumah family kan, so kena siapkan makan malam,  yana pun siapkan bahan bahan untuk memasak, okay today masak sambal udang lah *padahal memang tau buat sambal je, lauk lain tak tahu*  haha. okay, sambung balik, macam biasa masukkan bahan bahan nya. dah garing tu masukkan udang , then masukkan bawang yang dihiris pula. okay siap !  hidangkan pula untuk makan malam, bila time makan, mama tanya kenapa pedas sangat? masukkan brown sugar tak ? tak letak sebab lupa -______- again ! then mama mengeluh,  erm, sorry mama.


okay , tak da motif pun letak gambar ni, 
saja nak bagi tunjuk muka orang kuat blur  -___-'

TQ reading this entry my love !

Monday 10 September 2012

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Merdeka ke 55 Tahun !


Agak terlambat dan terlajak untuk yana ucapkan Selamat Hari Raya dan Merdeka ! sob sob :'( 
yelah, dah 10th Sept kot hihihi.  Al-maklum lah, orang busy sesangat kan. hihik (poyo jer kan).  Tahun ni yana sambut raya agak suram lah ! tak da amik gambar banyak2 macam sebelum ni.



Gambar yg di edit sendiri oleh cik yana :D sorry kalau tak cantik !

p/s : TQ jenguk sayang!

Tuesday 7 August 2012

Eh ! Blog dia lah !

 

Assalammualaikum ^_^

 

Ha, tajuk entry yang agak ntah hape2 , hehe actually bukan apa pun cuma nak announce je (speaking konon, btw betul ke? haha) yang akhirnya yana dah ada blog ekekeke. Yela, yana punya fikir punya fikir punya fikir (eh, berapa banyak punya fikir lah) perlu ke yana buat blog ? bila fikir betul betul rasanya memang patut buat blog lah kot, sebab ye lah kan boleh lah yana share sikit hidup yana sangat sangat sangat membosankan nih, amboi betul betul bosan ni ish ish ish. 

 Lepas tu, sambil sambil yana fikir boleh lah yana improve kan lagi bahasa yana plus komunikasi yana nih, (ha, tu dia contoh  bahasa rojak yang perlu dibetulkan ekekeke) sebab yana ni jarang berkomunikasi dengan orang, so yana sekarang jadi agak sangat pemalu plus berat mulut nak cakap dengan orang, tak macam dulu pantang nampak ada manusia bernyawa, yana yang akan mulakan perbualan, peramah yang tahap tak tahu nak cakap macam mana, teringat time dulu dulu kat sekolah, pantang nampak new boy or new girl yang masuk sekolah dalam suku atau pertengahan persekolahan, orang first yg menegur budak budak baru ni memang kerja yana lah, (hai, saya yana, awak dari mana? nama apa? sekolah mana dulu? kenapa pindah? ) budak baru tu rasa macam penampor je muka yana, sebab banyak benor soalan yang ditujukan, dah lah terpaksa tinggalkan kawan sekolah lama, ni masuk masuk terus ada manusia peramah semacam -,-' haha (dialog dalam hati budak baru tu, main agak agak je, kih kih kih)
Lagi satu pengaruh kuat yang membuatkan yana nk buat blog adalah sebab yana terpaksa pindah kerja, kalau dulu yana pergi kerja 5minit dah sampai, sekarang 30 minit baru boleh sampai =,=' dah tu, facebook, youtube, myspace, segala galanya lah bila ditaip IP address akan keluar seperti berikut :


 

kecewa bukan ? huhuk :'( nasib baiklah bila taip blogspot.com boleh,  okay, bila dah blog je yana boleh layan , dah apa lagi yana layan lah favorite blogger yana iaitu cik berdua yang suka pot pet Fatin Liyana , Hanis Zalikha, btw yana juga suka cuci cuci mata dengan blogshop , antara blogshop favorite yana adalah Jezmine Zaidan sangat talented tau, colourful pulak tu, oh my, memang tak mengantuk lah yana bila buat kerja sambil sambil tengok blog dorang semua ni ;) hihik, boleh  lah korang semua follow blog mereka yang hebat ni ye haha. 


Btw cakap pasal yana tak boleh on9 facebook dan lain lain social network except blogspot kan, nampaknya yana tak dapat lah nak wtw dengan kawan kawan kesayangan lagi, maafkan yana ye sayang sayang yana sekalian, yana sangat merindui kamu semua + sayang kamu semua :'( sedih sedih. hurm, dah lah baru baru ni rumah yana kene pecah masuk, barang kesayangan yana yang hilang adalah 2 lappy yana yang sangat sangat yana sayang (jahat pencuri itu, yana tak kan lupa apa yang dia buat) :'( tapi yana redha, mungkin dia lebih memerlukan lappy yana tu, mana tau, nak beli susu untuk anak ke kan, tapi yana tak berputus asa cuma redha je, benda dah jadi pun, apa yang yana boleh buat hanya berdoa supaya 2 lappy yana tu masih dalam keadaam selamat aman dan damai, aminn dan lappy tu merupakan sumber cari rezeki, sebernarnya yana pun merupakan online seller, but based on facebook only, blogshop ada tapi tak rajin pula nak update, mungkin dari sekarang yana kena update dekat blog pula, Insyaallah, aminn. 

So rasanya memang patutlah yana kena buat blog kan ? ini adalah reason yang paling kukuh untuk yana buat blog, hihik tapi ini blog personal lah, blogshop yana yang ni NurRyan Lilshop follow tau tau, TQ sayang ! btw yana kena mula dari bawah balik ambil masa nak kemaskini stok dan kemaskini maklumat customer, Insyaallah rezeki datang dari Allah , yana percaya tu , yana cuba yang terbaik ye, aminnn.



Inilah Yana ye :D 
p/s : baju polkadot ni yana jual juga , ade 3 color lagi ^___^

 p/s: please follow both blog Nur Yana dan NurRyan Lilshop , TQ Love !


Terima kasih kerana menyinggah dan baca entry ni =D